Kehidupan peribadi Finie_Don

Beliau dilihat lebih selesa berada di belakang tabir seperti soal penyuntingan berbanding di hadapan lensa kamera. Oleh disebabkan faktor tersebut, beliau terdorong untuk memilih pengajian dalam bidang penyiaran di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing. Beliau juga pernah menyatakan bahawa lakonan bukanlah minatnya kerana menyukai bidang lain. Beliau menceburi bidang lakonan adalah untuk mencari duit tambahan selain daripada galakan ibu bapa. Di samping itu, beliau nekad untuk berhenti berlakon kerana ingin menumpukan pada pengajian dan juga perancangan seterusnya. Walau bagaimanapun, beliau mungkin akan mempertimbangkan beberapa tawaran lakonan yang lain selepas ini sekiranya watak yang diberikan benar-benar mencabar.[1]